Vietnam Market to open in Malaysia

Luong Hue Hien (2nd L), director of Beyond World Company, shakes hands with a Safuan Group representative after signing an agreement to open Vietnam Market in Malaysia – PHOTO: HUNG LE

HCMC - The first Vietnam Market with 200 booths introducing Vietnamese goods and services at a large trade center will be opened in the Malaysian capital of Kuala Lumpur in March 2020 to boost Vietnamese exports to Malaysia, Singapore, Thailand and other ASEAN markets and expand the operations of Vietnamese businesses.

A ceremony to introduce the Vietnam Market project was held on November 9 in HCMC by the Vietnam Exporters Association, under the HCMC Investment and Trade Promotion Center; Malaysia’s Safuan Group; and Beyond World Company.

Under the collaboration with Beyond World, Safuan Group will use six stories of its 24-story Safuan Plaza building to set up the market. The building is located in downtown Kuala Lumpur, next to major shopping centers, commercial streets and famous destinations, according to Tansri Matshah Safuan, chairman of Safuan Group.

Vietnam Market will be the first large trade center to result from the cooperation between the two countries, he stated.

The project, established based on the demand for Vietnamese goods and services in Malaysia, is expected to gather firms exporting agro products, seafood, handicrafts, garments, mechanical equipment, cosmetics and services from Vietnam, to serve as an ideal place for Vietnamese businesses to expand their operations in Malaysia.

With specialized infrastructure facilities for a commercial center, coupled with legal support from Safuan Group, it will be convenient for Vietnamese businesses to operate in Vietnam Market in Kuala Lumpur, said the Safuan Group representative.

As Malaysia is a Muslim country, products such as food, pharmaceuticals and cosmetics must meet Halal standards to be exported to the country. Once the products are approved to enter the Malaysian market, they can be exported to other Muslim countries in Southeast Asia, to one billion Muslims around the world, he added.

Commenting on Malaysia’s business environment, Pham Quoc Anh, Vietnamese commercial counselor in Malaysia, said that Malaysia boasts favorable conditions for doing business thanks to its stable and growing economy, attractive investment policies, its Government’s adequate support for companies, good infrastructure facilities, high standard of living and so on.

Vietnam exported US$3.5 billion worth of goods to Malaysia while importing US$1.9 billion from the market during the first half of 2019, with the main exports being machinery, transport vehicles, seafood, garments and footwear.

Source: https://english.thesaigontimes.vn/72694/vietnam-market-to-open-in-malaysia.html

 

 

Buletin 'Wakil Kita di Parlimen' dilancar

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini melancarkan buletin ‘Wakil Kita di Parlimen’ yang diterbitkan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).

Buletin setebal 228 halaman itu mengandungi maklumat terperinci mengenai semua kawasan Parlimen bermula P001 Parlimen Padang Besar, Perlis sehingga P222 Parlimen Lawas, Sarawak dengan alamat surat menyurat dan butiran lain.

Ketika berucap merasmikan pelancaran buletin itu di bangunan Parlimen, Mohamad Ariff berkata Malaysia akan lebih maju dan progresif sekiranya semua cabang kerajaan dan bukan kerajaan bekerjasama untuk mensejahterakan negara.

“Dengan adanya maklumat perhubungan ini (buletin), jadi pelbagai lapisan masyarakat akan dapat menghubungi wakil rakyat mereka dan juga pembuat dasar yang lain,” katanya.Turut hadir Presiden Perdasama Tan Sri Matshah Safuan.

Difahamkan buletin itu akan diedarkan kepada semua kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, persatuan ekonomi dan perdagangan, perwakilan diplomat asing di Malaysia dan warga diplomatik Malaysia di seluruh dunia. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/38395/BERITA/Nasional/Buletin-Wakil-Kita-di-Parlimen-dilancar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/38395/BERITA/Nasional/Buletin-Wakil-Kita-di-Parlimen-dilancar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

[VIDEO] Perdasama KL, ECSB memeterai MoU


PRESIDEN PERDASAMA, Tan Sri Matshah Safuan (kiri) menyaksikan Yang Dipertua Perdasama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Hj Mohd Fauzi Bin Zakaria (dua dari kiri) bersama Pengasas EMPHASISE Communication, Sheon Soo Huan (dua kanan) ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PERDASAMA dan EMPHASISE Communication di Pusat Latihan Utusan,Ibu Pejabat Utusan Malaysia Chan Sow Lin di sini, hari ini. -UTUSAN ONLINE/AZLAN HADI ABU BAKAR

Muhammad Azim Zaid

30 Ogos 2018 1:55 PM

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kuala Lumpur menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Emphasise Communication Sdn Bhd (ECSB) dalam memberi peluang usahawan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempromosikan dan penjenamaan produk-produk mereka dengan lebih kompetitif.

Yang Dipertua Perdasama Kuala Lumpur, Datuk Mohd Fauzi Zakaria berkata, untuk permulaan, ESCB alan memasang LED papan iklan di kawsan Bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya projek ini berterusan di sekitar Lembah Klang dengan lebih 120 paparan LED.

“Perdasama turut akan bekerjasama cawangan negeri lain dalam membantu ahlinya dan usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka.

“Kita harap menerusi produktiviti pengiklanan produk bagi usahawan PKS ini akan berjaya meningkatkan hasil ekonomi usahawan seterusnya menyumbang kepada pemesatan ekonomi negara,” ujarnya kepada Utusan Online selepas menandatangani MoU berkenaan di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Berhad) di sini hari ini.

Dalam majlis MoU itu, Mohd Fauzi mewakili Perdasama Kuala Lumpur dan ECSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sheon Soo Huan sambil disaksikan Presiden Perdasama, Tan Sri Matshah Safuan.

Menurut Mohd Fauzi, Koperasi Usahwan Kuala Lumpur Berhad (KUKLB) akan menguruskan bahagian pemasaran dalam membantu ahli Perdasama mengembangkan perniagaan mereka.

“Degan adanya koperasi itu, kita dapat menggalakkan ahli-ahli untuk melabur dalam koperasi seterusnya mereka akan menerima imbuhan daripada pelaburan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Soo Huan memberitahu,lima LED papan iklan telah distrukturkan yang akan memulakan penyiaran pada 15 September ini dan 20 lagi akan bersiaran pada Oktober nanti.

Katanya, baki selebihnya sebanyak 95 LED papan iklan akan disiapkan pada Jun tahun hadapan.

“Misi ECSB adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan terutamanya usahawan PKS dengan menyediakan platform penjenamaan dan promosi,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Source: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/video-perdasama-kl-ecsb-memeterai-mou-1.738588

 

 

Exclusive Interview with our Chairman YBhg Tan Sri Matshah Safuan with KL Broadcast

 

 

 

Contohi Cara Perdasama Bantu Usahawan Iklan Produk


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 JULAI 2018
 

Hasnul Zulkarnain dan Matshah (empat kiri) bersama usahawan Perdasama, semalam.

TAPAH - Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meminta persatuan perniagaan mencontohi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) yang menyediakan platform pengiklanan kepada usahawannya.

“Persatuan usahawan lain harus ikut jejak langkah Perdasama Perak yang mempunyai lebih 600 ahli mengadakan kerjasama dengan Koperasi Usahawan Bersatu Berhad (KUBB) hingga berjaya mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan 21 usahawan di Perak menerusi rangkaian Sistem Keretapi Elektrik (ETS).

“Ini membolehkan usahawan berkenaan mengiklankan produk mereka kepada penumpang ETS  di tujuh negeri bermula dari utara hingga selatan,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Pengiklanan Usahawan Perdasama, semalam.

Katanya, keprihatinan Perdasama memberikan tumpuan kepada pembangunan ahli tanpa melibatkan politik juga wajar diberi pujian.

“Inilah yang kerajaan negeri inginkan di mana persatuan perniagaan mengetepikan soal politik dan memainkan tanggungjawab kepada ahli serta pada masa sama mendapat sokongan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perdasama, Tan Sri Matshah Safuan berkata, promosi produk dan perkhidmatan 21 usahawan Perdasama ini akan menyusuri tujuh negeri bermula dari Gemas, Negeri Sembilan hingga Padang Besar, Perlis selama tiga bulan.

“Langganan paparan iklan di belakang kerusi ETS ini dibuat secara perkongsian di kalangan 21 usahawan terlibat dan ia membantu mereka mendapat peluang memasarkan produk melalui pengiklanan di ETS.

“Saya berharap selepas ini lebih ramai lagi usahawan Perdasama yang lain tampil untuk melakukan iklan seumpama ini dalam memperluaskan lagi perniagaan mereka,” katanya.

 

 

YBhg Tan Sri Mat Shah Safuan, Presiden PERDASAMA meraikan anak-anak yatim Pusat Jagaan Lambaian Kasih di majlis berbuka puasa.

http://www.utusan.com.my/mobile/bisnes/ekonomi/perkasa-usahawan-melayu-dengan-idea-baharu-1.677823/presiden-perdasama-tan-sri-matshah-safuan-barisan-belakang-tiga-dari-kiri-beramah-mesra-dengan-a-1.677824

22 Mei 2018 11:48 PM

PRESIDEN PERDASAMA, Tan Sri Matshah Safuan ( barisan belakang tiga dari kiri) beramah mesra dengan anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa PERDASAMA bersama Anak-anak Yatim Pusat Jagaan Lambaian Kasih di Hotel The Regency disini hari ini . Turut kelihatan, Imam Mekah Sheikh Mustafa Fazal ( barisan belakang empat dari kiri) . - UTUSAN ONLINE/ SHAIFUDIN MOHD. NOR

 

SMK Tinggi Kajang lancar tabung naik taraf prasarana

 

Tan Sri Matshah (kanan) memberikan sumbangan RM500,000 untuk Tabung Dana KHS 100 Years Celebration kepada Encik Zaiazman.

Berita Harian
8 May 2018
Oleh Firjani Naziruddin

Tan Sri Matshah (kanan) memberikan sumbangan RM500,000 untuk Tabung Dana KHS 100 Years Celebration kepada Encik Zaiazman.

l itu untuk kerja penambahbaikan lima prasarana sekolah iaitu bilik mesyuarat, pusat sumber, tandas pelajar perempuan, Galeri Warisan dan dewan.

“Pelancaran ini adalah sebagai tanda mula untuk menyelesaikan dan memperbaiki segala kekurangan yang ada pada sekolah sebelum mencecah 100 tahun penubuhan sekolah,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini. Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Ismail Nor Hassan Basri, Presiden Alumni KHS, Encik Abdul Rahman Hassan.

Difahamkan, pelbagai projek bakal dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG serta Alumni KHS untuk memartabatkan sekolah yang bersejarah itu.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Safuan Group Berhad merangkap ahli Alumni KHS, Tan Sri Matshah Safuan, berkata persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif adalah penting dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) pelajar serta guru.

“Pusat sumber bukan sahaja menyalurkan kemudahan buku tetapi seiring kemajuan teknologi kini wajar mempertingkatkan pencarian buku melalui digital kerana mempunyai mobiliti tinggi untuk pelajar memperoleh maklumat di luar waktu persekolahan,” katanya.

Pada majlis itu, Tan Sri Matshah menyampaikan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada tabung dana

serta bersetuju membina tandas pelajar perempuan pada kadar segera bagi mengelakkan berlaku masalah kesihatan dalam kalangan pelajar.

 

Perpustakaan KL lancar program Jom Baca


MHD. AMIN NORDIN ABD. AZIZ (tengah) menerima cenderamata daripada Mat Shah Safuan (dua dari kanan) selepas majlis pelancaran program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Kuala Lumpur, semalam.utusan/MUHAIMIN MARWAN

Syed Mohd. Hazique Syed Nor

24 April 2018 7:01 PM

KUALA LUMPUR 24 April - Perpustakaan Kuala Lumpur bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) menganjurkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang dijalankan secara serentak di seluruh negara dalam usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, program ini merupakan satu inisiatif untuk membentuk masyarakat ke arah minat membaca selama 10 minit sehari serta meningkatkan ilmu pengetahuan.

“Objektif program adalah menjadikan perpustakaan tempat untuk menimba ilmu selepas waktu persekolahan, mewujudkan kerjasama cekap antara 13 perpustakaan awam negeri seluruh Malaysia dengan pihak Jabatan Pelajaran dan agensi lain di peringkat negeri dan nasional sekali gus melahirkan generasi mencintai ilmu,” katanya semasa merasmikan majlis berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mahadi Che Ngah, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, Datuk Mustafa Mohd Nor dan Pengerusi Lembaga Penasihat Perpustakaan Kuala Lumpur, Tan Sri Mat Shah Safuan. - UTUSAN ONLINE

 

Invited as one of the Keynote Speaker for The Fourth Industrial Revolution Conference at UiTM Sabah - PERDASAMA

http://sabah.uitm.edu.my/4irc2018/index.php/4irc2018/keynote-speakers

 

HOPE landasan lahirkan usahawan

  

Timbalan Presiden Perdasama, Tan Sri Matshah Safuan memberi taklimat Program Hands-on Programme For Entrepreneurship yang diadakan di Restoran D'Saji, Titiwangsa, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) komited hasil pelaksanaan Hands-on Programme for Entreprenership (HOPE) berupaya untuk melahirkan usahawan di dalam kalangan siswazah tempatan.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Matshah Safuan berkata, sejak mula dilancar pada 2015 dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia ((USIM) dan Perfect Triangle Sdn. Bhd. dilaksanakan melalui pengenalan kokurikulum tambahan yang disedia kepada siswazah berminat menceburi bidang keusahawanan.

"HOPE ialah program pembangunan kemahiran berteras keusahawanan unik, holistik dan komprehensif bagi membantu siswazah dan mencapai aspirasi kerajaan untuk melahirkan sekurang-kurangnya lima peratus usahawan dari keseluruhan graduan dihasilkan universiti setiap tahun.

"Walaupun banyak program berasas keusahawanan dibuat, namun hasil dicapai kurang memuaskan. Jadi Perdasama tampil melalui program ini untuk melatih dan membangunkan usahawan dalam kalangan graduan bukan semata-mata berfikiran untuk makan gaji sahaja," katanya semasa berucap dalam Taklimat Perdasama Mengenai HOPE di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

Source https://www.utusan.com.my/berita/nasional/hope-landasan-lahirkan-usahawan-1.556884

 

Mercu tanda baharu Kangar

Projek seluas 1.6 hektar bernilai RM368 juta dilancar

Azlan Man (tengah) dan Matshah Safuan (kanan) melihat model bangunan]
Azlan Man (tengah) dan Matshah Safuan (kanan) melihat model bangunan Kangar City Centre yang dipamerkan dalam Majlis Pecah Tanah Projek Kangar City Centre (KCC) di Kangar, semalam. UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli

Sharilfuddin saari

15 Februari 2017 12:57 AM

KANGAR 14 Feb. - Sebuah mercu tanda pembangunan bercampur melibatkan pembinaan sebuah hotel setinggi 36 tingkat dan dua buah blok pangsapuri setinggi 21 dan 27 tingkat, bernilai RM368 juta dilancarkan hari ini.

Projek seluas 1.6 hektar dikenali sebagai Pusat Bandar Kangar (KCC) itu merupakan hasil kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan pemaju hartanah terkemuka, Kumpulan Safuan Holdings Berhad.

Majlis pelancaran pecah tanah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan Safuan, Datuk Seri Matshah Safuan.

Azlan memberitahu, projek komersial mega bernilai tinggi yang dijangka siap pada 2020 itu memenuhi janji kerajaan negeri untuk membawa pembangunan dan perubahan kepada rakyat.

“Ini akan melengkapi pelan induk untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri bandar raya menjelang 2030 nanti. Projek ini sekali gus bakal mengubah landskap ekonomi dan gaya hidup rakyat negeri ini kepada sebuah masyarakat bandar,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pecah tanah berkenaan di sini hari ini.

Dalam pada itu Matshah berkata, pihaknya melihat Perlis mempunyai potensi untuk muncul sebagai hab perindustrian terkenal di rantau ini pada masa depan.

Katanya, dengan mengambil kira perkembangan pembinaan laluan kereta api yang sudah terhubung sehingga ke Indo-China, negeri itu sewajarnya merebut peluang perniagaan.

“Kita perlu mempergiatkan lagi pembangunan infrastruktur untuk merebut peluang perniagaan dan pelaburan. Ketika ini, pelancong dan pelabur dari selatan Thailand hanya melalui Perlis untuk ke Pulau Pinang dan Langkawi, Kedah disebabkan kekurangan infrastruktur,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, sebuah projek mega bernilai RM311.4 juta, melibatkan pembinaan pangsapuri perkhidmatan, pusat beli-belah dan hotel di Kuala Perlis dekat sini, dilancarkan.

Ia merupakan satu usahasama antara PKENPs dan Tabung Haji Properties Sdn. Bhd. (THP).

 

source: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mercu-tanda-baharu-kangar-1.444503